Apa khabar semua? Lama sangat tak mencoret kat sini.
Hari ni 1 Januari 2017.
So, adalah rasa sikit yang diri ni dah makin tua.
Maklumlah, Semalam masih 'teen', Hari ni dah jadi 'ty'. Err.
Em, actually banyak benda nak coret sebab dah lama tak coret kan. Kihkih. Tapi entri ni nak cakap pasal .......
TASJIL MADAH atau register subjek untuk semester depan.
Haa benda ni ya ampunn. Macam nak berperang sungguh! Kak Ana siap buat strategi. Plan A, plan B, plan C, semua kak Ana buat. Sebab takut sangat nak tasjil madah. Bukan apa. Takut tak dapat madah(subjek) punya pasal. Em.
So, akhirnya kak Ana dapat tak madah?
Ada yang tak dapat. Tapi ada juga yang dapat alhamdulillah. :) *sengihh
Tapi kita kena ingat. Ada yang menjadi rezeki kita. Dan ada juga yang menjadi rezeki orang lain. Allah dah beri apa yang terbaik untuk kita. Contohnya, pasal kes kak Ana tak dapat madah tadi. Mesti ada sebab dan hikmah kenapa Allah tak bagi lagi kak Ana ambil madah tu. Mungkin sebab kak Ana tak sesuai lagi untuk ambil madah tu. Atau ada hikmah lain. Hanya Allah yang tahu. Think positive okay?
Kita sebagai manusia seharusnya ikut je flow yang Allah dah tetapkan buat kita. Tugas kita adalah untuk berusaha, berdoa dan bertawakal. That's it! Simple right? Jangan persoalkan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita. Tetiba teringat movie desolasi. Puas tengok cerita tu! Eh, promote pulak.
Atas tu cerita sem depan. Tapi sebenarnya, sem ni pun tak habis lagiiiii. Em. Tengah study week. Lepas ni final exam. Debor sangat. Lain sangat perasaan exam ni dengan time exam zaman sekolah dulu. Mesti ada yang kata dalam hati "Memang lah lain. Zaman sekolah dengan alam universiti berbeza tau tak!?"
Tahu je. Jangan marah kak Ana. Saje je nak mencoret. Untuk kenangan hari tua. Hihi.
So, kak Ana nak menyelit lah sikit kat sini.
Doakan kak Ana eh final exam ni. Doakan semoga kak Ana boleh jawab semua soalan yang lecturer bagi dengan tenang dan tulis jawapan yang betul.
Terima kasih doakan! Semoga doa kalian berbalik kepada korang juga. Amin.
Nah tips peperiksaan. Poster yang bawah ni dan yang atas tadi credit to my persatuan and myself. Sebab kak Ana yang buat. Eh menyempat.
Itu jelah yang kak Ana nak share. Kalau ada benda yang korang nak sharing, boleh lah komen hihi.
Always smile for a beautiful day ! Ngee~
Thanks for reading this entry !!!


No comments:
Post a Comment