dream or reality?

dream or reality?

Saturday, 21 May 2016

Serabut !!!

HAA! Baru dengar tajuk, dah serabut kepala. Eh, lek-lek lu. Serabut? Ramai sangat orang pernah rasa perasaan ni.

"Ish, SERABUT ah. Banyak kerja tak siap lagi. Dah lah tengah minggu exam. Tetibe menimbun pulak kerja. Haih~"

"Alamak, tadi dah janji nak kol mak. Dah lama berkepul-kepul rindu kat mak ni. SERABUT la. Dah lah lama sangat tak kol. Time ni je yang free. Masa Malaysia dah lah tak sama ngan tempat aku. Time-time ni jugak la ada benda urgent. Haih~ Ni nak maghoh ni. Maghoh maghoh!"

Macam-macam la. Serabut pasal tu la, ni la.

Lek-lekkk. Jangan duk serabut ngat. Nanti berat kepala.

Masalah serabut ni memang berat sebenarnya. Kak Ana pun tengah rasa ni. Eh?

Hmm biarlah hanya TUHAN je yang tahu kenapa kak Ana serabut sangat. Takde kaitan dengan dialog atas ye haha. Nak taw tak cara kak Ana hilangkan serabut kak Ana? Hmm. Just sharing, nak ikut boleh. Kalau tanak pun takpe haha.
1) Menangis. Haa ni cara kak Ana lah. Kalau nak ikut, boleh la nak ikut. Kalau rasa cara ni nampak lembik ke lemah ke, tayah ikut haha. Kak Ana suka cara ni sebab bila menangis, rasa kurang sikit serabut. Acah-acah 'dah lepaskan' gitu. Kih3.

2) Buka tafsir Quran. Kadang-kadang Allah akan tunjukkan sesuatu pada kita melalu ayat-ayat cintaNya agar terus kuat. Faham tak ayat kak Ana ni? Tak faham ke? Nanti time serabut, cubalah. Better experience sendiri. Seriously, memang terkena la kat kak Ana. Allah memang sayang kepada hamba-hambaNya. Sungguh.

3) Hmm, yang ketiga ni, hehe, kak Ana suka buka muzik tenang gitu. Acah-acah nak tenangkan hati. Piano or something like that. Ada jugak kak Ana buka muzik yang happy2. Saje nak happykan 'otak' yang serabut kih3. Tapi, baik jangan ikut. Alangkah baiknya kalau kita buka alunan bacaan Quran. Serious! Jangan ikut kak Ana. Kak Ana pun tengah slow-slow nak berubah huhu.

4) Share dengan someone. Haa.. Cara ni, tak ramai orang suka. Yela, ada yang lebih suka simpan sendiri. Tapi bagi kak Ana lah, cara ni berkesan lah. Tiptop gak lah. Cerita kat orang yang kita percaya je lah. Mana tahu, dia bagi tips-tips ke atau kuatkan semangat ke. Hidup ni, janganlah kita rasa yang kita ni sorang-sorang. Ramai support kita dari belakang wehhhh!

SERABUT    
SERABUT
SERABUT

Mohon pergi keserabutan dari hidup kami. Nak ketenangan cewah~




Itu jelah yang kak Ana nak share. Kalau ada benda yang korang nak sharing, boleh lah komen hihi.

Always smile for a beautiful day ! Ngee~

Thanks for reading this entry !!!

Thursday, 5 May 2016

My simple tips on reading Books

Assalamualaikum semua. Sihat?
Konfem-konfem la korang semua sihat belaka. Ye dok? Kalaulah ada antara korang yang sakit pun, anggap je ini semua adalah ujian Tuhan buat kita. Okay? Stay strong, my dear.

First time update blog ni. Terasa nevous la pulak. Hahaha. Ni kira macam testing-testing dulu.

Untuk entry first ni, kak Ana nak la sharing moring sikit-sikit life kak Ana. Hanya cebisan jelah dari hidup kak Ana. Kalau cerita dari A-Z, memang takkan habis. As you all know(klu korang tahu la..), kak Ana masih bergelar student.

Kalau sebut je word 'student', korang dah makruf lah yang kak Ana hidup bersama buku. (Buku? dengar word tu pun dah rasa macam nak pengsan..) Eh, eh, kenapa nak pengsan-pengsan ni? Lek-lek lu...

Buku. Buku. Buku. PENATLAH.


Kalau nak jadi student cemerlang, tidaklah semestinya dengan cara berkepit dengan buku 24 jam. Hello~ Kak Ana pun boleh pengsan kalau macam tu.

This is my simply tips on how to read books yang tak menggusarkan jiwa cewahh haha. Simple jer. Ini tips kak Ana lah. Sebagai panduan.

1) Asingkan antara buku pelajaran dan buku sampingan.

Buku pelajaran is buku-buku yang kita duk guna time kelas or lecturer notes.
Buku sampingan is bahan bacaan seperti majalah or buku motivasi etc.

2) Kita tetapkan waktu untuk bacaan buku pelajaran.
Dalam sejam jer. Asingkan waktu ini daripada buat assignment. This is our time untuk baca buku pelajaran sahaja. Untuk elakkan ngantuk, boleh lah membaca dan mencatat apa yang telah dibaca. Lagi awesomekan begini! Sebab ia adalah langkah yg basitoh(mudah) untuk kita ingat apa yang kita dah baca. Just baca dan keluarkan apa yang telah dibaca.

3) Haa.. Konfem semua tension lah asyik hadap buku pelajaran je. Hey~ Taklah. Korang mesti nak baca bahan sampingan kan sebab tu buku tu mesti buku favourite korang. Like novel, komik etc. Saya syorkan bacalah selepas asar. Kenapa? Sebab, this time surely la korang ngantuk giler sampai tersengguk-sengguk. So, time ni mmg tak sesuai la untuk baca buku pelajaran hehe.

4) Time membaca straight sejam or sejam setengah, otak kita mesti lah penat. Bagi lah time untuk otak kita nak rehat. So, rehatlah 5 min bagi setiap 30 min. InsyaAllah kheir.

Ini bukan tips pelajar cemerlang. Just sharing parts of my tips in reading books.

If ada oppinion akhor(lain), boleh letak kat komen. Same-same kita belajar.

Lastly, just smile for a beautiful day. Ngee~

Thank you for reading this entry!